Assalamualaikum wbt.

Tanpa saya duga entry Pengalaman Melawat Ho Chi Minh Vietnam antara tajuk yang sering dikunjungi oleh pembaca blog saya. Sememangnya mengunjungi Vietnam amat mengujakan. Saya sendiri bertekad untuk datang lagi ke sini suatu masa nanti, kerana kunjungan yang lalu tidak berpeluang menyusuri Sungai Mekong dan melihat keindahan panorama Vietnam yang cukup sinonim dengan kehidupan sungainya. InsyaaAllah saya akan setting Pakej Melawat Vietnam pada musim cuti sekolah November/Disember ini.

Gambar Noted2 118Salah satu Masjid di Bandar Ho Chi Minh

Pakej Melawat Vietnam (Ho Chi Minh) mengambil masa 4 hari dan 3 malam. Pakej 3 hari 2 malam pun boleh dibuat, cuma alang-alang pergi ke negara orang, biarlah lama sikit. Jenis penerbangan yang diambil samada AirAsia atau MAS. Saya cuba survey harga tiket Kumpulan pada tarikh yang saya tetapkan nanti.

Sebenarnya saya menantikan maklum balas dari pembaca. Sekiranya ramai yang menghantar emel kepada saya menyatakan berminat untuk melancung ke Vietnam pada musim cuti sekolah akhir tahun, maka saya bersedia untuk membuat tempahan Tiket Penerbangan ke sana. Kemungkinan bulan November ada 1 trip dan bulan Disember untuk 1 trip lagi.

Gambar Noted2 123Sungai Saigon

Bagaimana dengan Harga Pakej ?

Biasanya harga yang ditawarkan antara RM1600 ke atas, malah ada yang offer RM1800. Tetapi untuk pembaca blog saya, saya cuba setting Pakej pada harga RM1500 seorang, atau boleh jadi di bawah RM1500. Kena tengok harga tiket dulu.

Tetapi sekiranya ada yang sudah membeli tiket Air Asia (kadang kala jika bernasib baik boleh dapat harga yang tersangat murah) dan mahukan perkhidmatan Ground Handling di Vietnam juga boleh diuruskan. Jika boleh biarlah ada ahli yang ramai melebihi 10 orang kerana nak bawa kumpulan kecil pasti kosnya lebih tinggi.

Shopping di Vietnam ?

Di sini destinasi terbaik untuk membeli belah. Ini kerana sebagai pelancung kita merasa benar-benar bebas dari gangguan peniaga jalanan. Teringat semasa kunjungan ke Indonesia, samada di Medan, Bandung mahupun Jakarta kita kerap dihimpit sepanjang jalan semasa kita shopping. Maaf cakap, memang merimaskan. Kadang-kala tu kita membeli kerana kasihan bukan kerana memang kita berhajat dengan barangan jualan mereka.

Gambar Noted2 214

Di Ho Chi Minh keadaan jauh berbeza. Tiada peniaga jalanan yang selalu menghimpit pelancung asing. Kita boleh bebas membeli belah semau-maunya tanpa ada rasa tekanan untuk membeli. Yang penting sebelum “shopping”, rancang dahulu apa yang ingin dicari supaya tidak berlaku pembaziran, dengan membeli barangan yang tak perlu. Al-maklum, alang-alang sudah ke sana mestilah kita cari barangan yang istimewa samada dapat dengan harga murah di sana atau memang kat Malaysia tak da jual barang yang kita beli.

Apa istimewanya barangan di sini ?

Setahu saya Telekung Vietnam ialah antara barangan yang selalu diminati oleh orang Malaysia. Selain dari kualiti kain yang bermutu tinggi (pakai pun tak panas kata isteri saya), harganya juga jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Jika nak tempah banyak pun boleh. Biasanya mereka ada menyediakan perkhidmatan Kargo sekiranya kuantiti yang ditempah agak banyak dan tidak boleh disiapkan dalam tempoh kunjungan kita di sana.

Gambar Noted2 158

Di samping itu Pakaian Busana Muslimah juga menarik minat Pengunjung Malaysia. Saya terjumpa dengan seorang Ibu Muda yang datang bersama anak kecil dan suami ke sini, semata-mata untuk membuat Tempahan Busana Muslimah atau Jubah untuk dijual pada musim Hari Raya nanti. Katanya Kos Tempahan Busana Muslim memang sangat murah dan berbaloi. Kekadang terdetik juga nak buat bisness online Busana Muslimah ini, tapi saya memang kurang minat nak simpan stok yang banyak. Maka tinggal angan-angan aje la.

Bagaimana dengan makanan halal ?

Sebenarnya banyak Restoran Halal di Bandar Ho Chi Minh ini. Dan sekiranya menyertai Pakej anjuran Ajwa Travel, soal makan minum selama di Ho Chi Minh memang sudah termasuk sekali. Makanan Halal di sini memang sedap cuma harganya aje yang agak mahal berbanding di Malaysia. Antara Restoran yang sempat saya kunjungi semasa ke sana baru-baru ini ialah Restoran Saigon Halal. Sempat juga berkenalan dengan Chef Mamat yang berasal dari negeri sebelah Utara Malaysia. Masakannya memang sedap..Naalaaa…bak kata orang Utara.

Gambar Noted2 161Chef Mamat, tukang Masak Restoran Saigon Halal

Bila boleh daftar ?

Sekiranya memang serius nak berkunjung ke Ho Chi Minh, pembaca boleh emel nama-nama yang ingin menyertai ke emel saya hjiqbal@ajwatravel atau kakyati@ajwatravel.net supaya saya boleh buat anggaran berapa banyak tiket yang perlu saya tempah untuk musim November atau Disember ini nanti.

Jumpa lagi.