Assalamualaikum wbt dan jumpa lagi.

Kehidupan di Kota Medan pada sebelah malam agak suram. Tidak seperti di Malaysia, di sini Gedung-gedung membeli-belah dan kedai-kedai akan ditutup selepas jam 7 malam atau lebih awal dari itu. Yang buka barangkali Kelab Malam agaknya, tapi saya sendiri tidak pernah mengunjunginya. Jadi saya main agak saja.

Hari 2 – Kota Medan ke Parapat

Selepas bersarapan pagi di Hotel Penginapan, semua ahli Rombongan akan “check out” hotel kerana mahu bersegera menuju ke Daerah Parapat iaitu lokasi letaknya Tasik Yang Terbesar di Asia Tenggara iaitu Danau Toba. Bayangkan keluasan Danau Toba ialah 100 km panjang dan 30 km lebar, saujana mata memandang. Dan di tengah Danau Toba terdapat sebuah pulau yang dinamakan Pulau Samosir.

danautoba-tulas

Memang ada kisah lagenda terjadinya Danau Toba, tetapi biasa la kisah lagenda mana ada logiknya. Saya sendiri malas nak cerita panjang dalam blog ni. Ringkas cerita Toba ialah nama seorang lelaki dan Samosir ialah nama anak Toba yang beristerikan Ikan.  Ha..ha..ha..Caya ke ?

Perjalanan dari Kota Medan ke Parapat mengambil masa 5 jam. Tetapi mengambil kira masa berhenti rehat dan singgah di Kedai Patent dan Galeri Woven di Permatang Siantar, biasanya perjalanan untuk sampai boleh mencecah hingga 8 jam. Macam nak pergi Umrah pula lama masanya.

Ahli Rombongan akan makan tengahari di Restoran Tempatan dalam perjalanan ke Parapat.

Perjalanan yang panjang memberi peluang untuk kita melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Ilahi. Rasa syukur kita panjatkan kepada Allah atas nikmat keluasan rezeki yang diberikan kepada kita. Kita boleh saksikan kelainan budaya dan agama yang kekadang membuatkan kita merasa pelik kerana kehidupan mereka amat berbeza berbanding kita.

Masyarakat di daerah ini kebanyakkan berketurunan Batak dan beragama Kristian. Kita boleh lihat di kebanyakkan rumah Kaum Batak ini ada didirikan binaan Kubur di luar rumah kediaman mereka. Menjadi adat masyarakat di sini yang mengebumikan jenazah Kaum Keluarga mereka bersebelahan dengan rumah mereka. Mereka akan mencantikkan binaan Kubur kaum kerabat mereka mengikut kemampuan masing-masing. Jika terjadi kepada kita, ada berani nak buat Kubur Arwah Keluarga kita bersebelahan dengan rumah ?

Apabila sudah sampai di Parapat, pasti hati melonjak riang. Perjalanan yang panjang dan sukar kerana melalui kawasan yang berbukit bukau ini dirasakan amat berbaloi sebaik menyaksikan keindahan permandangan Danau Toba yang menakjubkan. Yang tertidur pasti terjaga dan mengucapkan syukur kerana telah sampai. Dan yang biasa keluar dari mulut Pengunjung pasti  ucapan “eee cantiknya..” Sekiranya bergerak dari Medan pada jam 8 pagi maka jangkaan sampai di Parapat ialah sebelah petang kira-kira jam 3 atau 4 petang.

danau toba cottage

Sampai sahaja di Parapat terus dibawa ke Hotel Penginapan untuk “check in”. Selanjutnya ialah aktiviti bebas dan ahli rombongan boleh bersiar-siar di kawasan tepi Danau Toba dan melihat-lihat banyak deretan kedai yang menjual barangan cenderamata dan tshirt.

Teringat semasa kunjungan kami bersama anak-anak dan keluarga di suatu masa dahulu. Biasa la budak-budak, pantang nampak air nak mandi aje. Yang kelakarnya anak-anak mandi kejap aje tak sampai 5 minit kerana tak tahan dengan suhu air yang amat sejuk di Danau Toba ini. Habis kecut jari-jari mereka dan bibir pula kebiruan.

Ahli Rombongan akan diberi Makan Malam samada di Hotel Penginapan atau di Restoran Tempatan. Biasalah menu di sini, Nasi Padang (yang diyakini Halal). Kedai Makan di Parapat, jangan main masuk aje kerana dibimbangi Tuan Punya Kedai ialah Orang Batak beragama Kristian. Jika Kedai Makan Nasi Padang dibolehkan kerana Pengusahanya ialah Orang Minang yang beragama Islam.

Hari 3 – Parapat ke Samosir, Berastagi dan kembali semula ke Medan

Selepas sarapan pagi di Hotel Penginapan, ahli rombongan dibawa menaiki Feri menuju ke Pulau Samosir iaitu pulau yang terletak di tengah-tengah Danau Toba. Kabarnya keluasan Pulau Samosir lebih luas berbanding Singapura.

Feri Pulau SamosirPerjalanan menaiki Feri ke Pulau Samosir mengambil masa 45 minit sahaja. Sampai di Pulau Samosir, ahli rombongan dibawa melawat Kampong Tomok (bukan penyanyi tu) untuk melihat kesan sejarah Makam Purba Raja Sidabutar. Selain itu ahli rombongan juga dibawa melawat Kampong Ambarita untuk melihat kesan Tempat Hukuman Mati oleh Raja Siallangan.

Kembali semula ke Parapat dan terus dibawa untuk makan tengahari di Restoran Tempatan. Selesai makan tengahari, perjalanan diteruskan menuju ke Berastagi. Berastagi ialah kawasan Tanah Tinggi macam Cameron Highland dan suhunya memang sejuk. Dalam perjalanan menuju ke Berastagi, kita akan singgah sebentar di Simarjarunjung kerana di kawasan tanah tinggi ini, kita boleh saksikan pemandangan indah Tasik Danau Toba dari kejauhan. Memang menakjubkan..itu pun jika cuaca cerah dan tidak ada kabus. Di kawasan bersuhu sejuk ini, yang bestnya dan memang menggiorkan apabila Pengunjung dijamu makan Pisang Goreng Panas dan minum Teh Halia Panas. Sebenarnya jika di Malaysia pun ada dan tak heran pun tapi kerana badan kesejukkan dan perut lapar maka “belasah aje la” bak kata orang sekarang.

Air Terjun Sipiso Piso

Satu lagi pemandangan indah dalam perjalanan ke Berastagi ini ialah kita dapat menyaksikan Air Terjun Sipiso Piso. Tetapi kita tidak mandi di Air Terjun ini. Memang cantik kerana kabarnya terjunan Air Terjun Sipiso Piso ialah pada ketinggian 110 meter. Fuh..tinggi tu…

Sampai di Berastagi, ahli rombongan dibawa ke Pasar Buah-buahan. Sebenarnya buah-buahan yang dijual di sini sama sahaja seperti yang terdapat di tempat kita. Cuma tidak dinafikan pemandangan alam semulajadi di Berastagi memang cantik. Ya la, kawasan tanah tinggi dan suhu pun sejuk.

Ada Pakej yang menawarkan bermalam di Berastagi dan keesokkannya selepas sarapan baru kembali ke Medan. Dan ada juga yang tidak mahu bermalam di Berastagi, sebaliknya meneruskan perjalanan balik ke Medan dan menginap di Hotel Medan.

Hari 4 – Medan dan kembali ke tanah air

Hari terakhir di Medan, tiada aktiviti utama selain dari meneruskan agenda membelibelah bagi sesiapa yang mahu berbuat demikian. Sekiranya tidak, maka berehat sahaja di Hotel sementara menunggu masa keberangkatan pulang.

Sekian dan Wassalam.