Assalamualaikum wbt. Bertemu kembali.

Sekembalinya saya dari tanah suci baru-baru ini banyak iktibar dan pengajaran yang boleh saya ambil ketika menguruskan jemaah Umrah. Mengendalikan Pakej Umrah Idaman dan Pakej Umrah Super Ekonomi secara serentak tidak semudah yang disangka. Ini kerana ada 2 standard pakej yang berbeza dalam satu Kumpulan Jemaah yang terbang pergi  bersama dan balik juga bersama. Namun atas kehendak jemaah yang ingin menunaikan Umrah bersama Ajwa Travel pada tarikh yang dihajati dengan mengikut “budget” masing-masing, maka wujudlah 2 standard Pakej dalam satu Kumpulan yang sama.

Sebenarnya jemaah sudah sedia maklum apa yang bakal mereka perolehi semasa di tanah suci. Mereka sejak awal lagi telah dimaklumkan mengenai standard hotel yang bakal mereka duduki berdasarkan kepada pilihan jenis pakej.  Yang bayar harga Umran Idaman semestinya akan menginap di Hotel Safwah Royale Orchid di Makkah, dan yang bayar harga Umrah Super Ekonomi akan menginap di hotel bertaraf Ekonomi pada jarak 300 meter dari Masjidil Haram. Semasa Kursus Umrah yang diadakan hal ini telah berulang-ulang kali disebut.

Tetapi semasa jemaah sampai di Makkah dari Madinah, ada jemaah Umrah Super Ekonomi yang mahu menginap di Hotel Safwah sebaik melihat lokasi hotel yang terletak di depan laman Masjidil Haram. Apabila ingin dihantar ke Hotel bertaraf Ekonomi, jemaah yang berkenaan menyatakan sepatutnya dia dihantar ke Hotel Safwah, walhal jemaah ini membayar harga Ekonomi. Dan apabila jemaah ini marah-marah maka Ketua Rombongan mula memberi isyarat jika mahu menginap di Hotel Safwah harus membayar tambahan mengikut harga Pakej Idaman iaitu tambahan bayaran RM1500 seorang, baru lah jemaah berkenaan berdiam diri dan mula kendur.

kaabah dan tower

Sebenarnya ketika itu jika jemaah berkenaan membayar nilaian RM yang diminta sekalipun, belum tentu jemaah berkenaan dapat menginap di Hotel Safwah. Ini kerana Hotel bertaraf bintang ini perlu ditempah awal. Bukan boleh terus “walk in”. Jika ada bilik yang available, itu rezeki. Bergantung kepada kekosongan. Tetapi musim cuti sekolah memang susah nak dapat,

Kerana itu saya selalu berpesan kepada bakal-bakal jemaah supaya memilih Pakej Umrah Idaman dan jangan terlalu berkira sangat dengan wang Ringgit. Bagi jemaah yang sudah faham mengenai senario di Makkah kerana pernah menunaikan Umrah atau Haji, lazimnya tidak kisah mengenai Harga Pakej Umrah. Tetapi bagi jemaah yang pertama kali mahu ke tanah suci, soal Harga Pakej yang murah menjadi pilihan utama. Nak cari yang murah, jauh sikit tidak mengapa, katanya. Dapat pahala lebih kerana berjalan kaki jauh. Setiap langkah dikira pahala. Lagipun bukan nak duduk di bilik aje. Kan masa banyak dihabiskan di Masjid. Itulah kata-kata yang sering diucapkan oleh bakal jemaah sebelum ke tanah suci.

Tetapi apabila sudah sampai di sana, kata-kata di atas sudah jadi terbalik. “Aku jika tahu macam ni, bayar lebih pun tak apa. Yang penting dapat senang berulang-alik ke Masjid. Dan pelbagai lagi kata kesalan diluahkan. Dan yang paling teruk sehingga ke tahap memarahi Penganjur kerana memberikan hotel yang jaraknya jauh dari Masjid. Ketika itu nak menyesal pun dah tak da makna. Nak cari hotel alternatif yang dekat dengan Masjid bukanlah mudah. Jika bernasib baik mungkin masih ada yang “available” dan pastinya harganya lebih mahal kerana daftar secara individu dan bukan Group. Jemaah rugi 2 kali kerana harga sewa bilik Hotel Ekonomi sudah dibayar kerana termasuk dalam Harga Pakej dan kena bayar harga hotel sekali lagi yang kali ini dekat dengan Masjid.

Untuk makluman, Pakej Umrah Idaman menawarkan Hotel yang bertaraf bintang dan lokasinya di laman Masjidil Haram di Makkah. Tetapi semasa di Madinah, hotel yang ditawarkan adalah bertaraf ekonomi dan sama-sama menginap dengan jemaah yang mengambil Pakej Ekonomi. Ini kerana di Madinah kebanyakkan lokasi penempatan hotel penginapan terletak berhampiran dengan Masjid.

Bagi kumpulan Pakej Idaman yang memasuki Makkah dahulu, mereka akan menikmati hotel yang cukup selesa dan mengujakan. Tetapi kejutan boleh berlaku apabila memasuki Madinah kerana di Madinah standard hotelnya tidaklah secanggih di Makkah. Ibarat sebelum ini di Makkah naik kereta BMW, sampai Madinah pula naik kereta sedan. Pasti terasa kekurangannya. Masalah boleh berlaku sekiranya jemaah menganggap akan mendapat standard hotel yang sama di Makkah dan Madinah. Walhal keistimewaan hanyalah di Makkah sahaja.

Jika jemaah memasuki Madinah dahulu, berlainan pula perasaannya. Ini kerana di Madinah jemaah menginap di hotel yang biasa sahaja bersama-sama jemaah Pakej Ekonomi. Dan apabila tiba di Makkah, barulah jemaah Pakej Idaman merasai nikmat membayar lebih berbanding rakan jemaah Pakej Ekonomi. Semasa inilah jemaah merasa begitu bertuah kerana hotel penginapan mereka bersebelahan dengan Masjidil Haram. Tergambar kepuasan di wajah para jemaah kerana memilih Pakej Idaman. Benarlah kata-kata nikmat keselesaan beribadah di tanah suci kerana jarak Masjid yang dekat tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Lagipun bukannya selalu dapat ke tanah suci. Alang-alang datang ke tanah suci biarlah dapat puas beribadah.

Bukan bermakna jemaah yang tinggal jauh dari Haram tidak puas beribadah. Cuma jika dinilai dari segi keselesaan dan kemudahan untuk ke Haram, pastinya jemaah Pakej Idaman lebih selesa lagi. Tambahan pula bagi jemaah yang sudah berusia dan ada penyakit 3 serangkai (jantung, darah tinggi dan kencing manis) atau salah satu dari 3 penyakit yang disebut. Hotel yang jauh memang amat menyulitkan bagi mereka. Sekarang ini sudah semakin ramai jemaah yang menggunakan Kerusi Roda (Wheel Chair) untuk ke Masjidil Haram. Kebanyakkannya ialah jemaah yang sudah berusia dan ditolak oleh anak atau kerabatnya.

Maka jika ingin ke tanah suci membawa orang tua dan mengikut budget poket kita (al-maklum mungkin ramai ahli keluarga yang mengikuti), bersiap sedialah membawa Kerusi Roda untuk mereka. Jika tidak, kasihan kepada jemaah yang tua dan uzur ini. Mungkin terpaksa memilih untuk solat di bilik hotel sahaja kerana tidak mampu untuk berjalan kaki ke Masjid.

Tetapi jika ada budget, sebaiknya pilih Pakej Umrah Idaman. Hotel yang selesa dan depan laman Masjidil Haram memudahkan jemaah yang tua ini untuk selalu berulang-alik ke Masjid. Sebenarnya ada di kalangan jemaah Pakej Ekonomi yang terpaksa membayar upah kepada orang lain yang sedia menolak ibu atau bapanya untuk ke Masjid. Agak-agaknya jika dihitung jumlah upah yang dibayar setiap kali ibu atau bapanya didorong oleh orang yang menerima upah menolak Kerusi Roda ini, mungkin kadar upahnya lebih jika dibanding dengan perbezaan Harga Pakej Idaman dan Ekonomi. Nak jimat tetapi sebenarnya tidak.

Fikir-fikirkan lah.