Berhati-hati ketika iktikaf di Masjid Nabawi

Assalamualaikum wbt.

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman bersama pembaca semasa saya di tanah suci. Apa yang bakal diceritakan boleh dijadikan pedoman dan iktibar untuk kita semua.

Menunaikan Umrah adalah pengalaman yang terindah dalam hidup. Yang pernah ke tanah suci pasti sentiasa merindui Kaabah dan Masjid Nabawi. Amat malang jika tempat yang orang idam-idamkan untuk ke sana, tiba-tiba kita mendengar ada yang menyatakan kekesalan untuk ke tanah suci lagi. Mengapa terjadi demikian?

Banyak kejadian yang menimpa jemaah, sebenarnya tidak ditulis dalam buku. Malah dalam sessi ceramah Umrah pun, perkara-perkara yang bakal saya sebutkan nanti, tidak disentuh langsung oleh penceramah. Boleh jadi jika diceritakan, orang takut untuk ke tanah suci.

BERHATI-HATI SEMASA DI DALAM MASJID NABAWI

Awas dari ditipu oleh jemaah Negara lain

Ketika kita iktikaf di dalam Masjid Nabawi, kita jangan terperanjat jika tiba-tiba ada jemaah yang tidak dikenali  (selalunya jemaah Pakistan atau Palestin)  yang mendatangi kita. Mereka akan bercakap dalam bahasa Inggeris kerana mereka percaya kita boleh berkomunikasi dengan mereka. Individu tersebut akan memberitahu bahawa beliau baru sahaja KEHILANGAN WANG dan kini menghadapi masalah untuk ke Makkah bersama-sama keluarganya.

Kemudian atas rasa simpati, kita pun mendermakan wang kita kepadanya. Beri SR5 tak cukup. Ada yang minta SR50 atau SR100, dan ada yang lebih lagi. Jika kita beritahu tidak membawa wang, mereka sanggup menunggu untuk mengikut kita pulang ke hotel untuk mengambil  wang. Nasihat saya jangan dilayan orang seperti ini. Golongan ini suka mencari wang cara mudah dengan menagih simpati dari jemaah.

Selama pengalaman membawa jemaah, saya sudah banyak kali terkena peristiwa sebegini. Mula-mula percaya juga, tapi apabila sudah terkena banyak kali, baru saya sedar rupa-rupanya ada orang yang cari makan cara begini. Pelik, bagaimana orang yang selalu beribadah di Masjid, boleh buat kerja menipu macam ini.  Itulah manusia namanya. Nak hidup la katakan.

Jika kita berniat untuk memberi, terpulang. Semoga amal jariah kita yang ikhlas diterima oleh Allah. Tetapi pada hemat saya, jika nak bersedekah, alangkah elok jika diberi kepada Petugas-petugas yang membersihkan masjid. Gaji mereka kecil, tetapi tidak pernah meminta-minta. Jika diberi, mereka ambil dan minta mereka mendoakan untuk kita. Rata-rata mereka ini alim dan warak dan selalu solat di Masjid Nabawi.

Jumpa lagi..Wassalam

Category: Tips Umrah

Tempah produk beauty umaira sekarang