Assalamualaikum wbt.

Destinasi Bandung sebenarnya telah lama popular di kalangan rakyat Malaysia sebagai destinasi percutian keluarga yang menarik. Bagi yang menggemari aktiviti membeli belah, Pasar Baru semestinya tidak boleh terlepas dari jadual lawatan.  Suhu Bandung yang lebih sejuk berbanding dari Jakarta yang selalunya “macet” dengan kenderaan juga menjadikan Bandung lebih digemari untuk dikunjungi berbanding Jakarta atau tempat yang lainnya.

Untuk makluman pembaca yang pernah ke sana atau yang belum pernah ke Bandung, sebenarnya kini Bandung mempunyai beberapa destinasi baru pelancungan. Kali ini saya cuba muatkan beberapa gambar yang sempat saya ambil ketika kunjungi saya ke Bandung baru-baru ini. Biarkan gambar yang bercerita.

20160802_103415

Floating Market

Pasar Terapung di Bandung ini baru sahaja dibuka beberapa tahun yang lalu. Kunjungan ke sini amat berbaloi kerana kita boleh saksikan pemandangan tasik yang amat indah dalam suasana suhu yang dingin. Terasa macam kat Eropah pula.

20160802_103500

Selepas membeli tiket masuk, pengunjung diberi tawaran untuk menikmati minuman panas samada Milo, Coffe latte, Choco latte atau Lemon Tea. Bolehlah menghangatkan badan kerana suhu di kawasan ini memang sejuk.

20160802_103958

Sungguhpun cahaya matahari ada tetapi ianya tidak memeritkan. Rasa selesa dan tidak berpeluh bila berjalan.

20160802_103859

Untuk membeli barangan jualan di sini, pengunjung mesti menukar wang tunai kepada Koin terlebih dahulu. Ada koin yang bernilai Rp5,000, Rp10,000, Rp50,000 dan Rp100,000. Sebaiknya tukar pada nilaian rendah dahulu supaya tidak membazir nanti. Ini kerana Koin yang sudah dibeli tidak boleh ditukar kepada wang tunai kembali. Kita kena habiskan semua Koin yang ada, atau boleh juga diguna pada kunjungan kita yang akan datang pula.

20160802_104845

Saya dapati kebanyakkan barangan jualan di perahu yang terapung di pinggir tasik ialah pelbagai jenis makanan tempatan yang popular seperti bakso tahu, batagor, karedok, ketam bakar, otak-otak, siomay dan banyak lagi.  Dan semua urusniaga di sini menggunakan Koin dan bukan tunai.

20160802_105243

Disediakan juga tempat duduk bagi pengunjung yang mahu menikmati makanan yang sudah dibeli. Cuma saya rasa makanan yang dijual di sini pastinya lebih mahal berbanding jika dibeli di luar. Tapi boleh juga kita membeli setakat nak santai-santai di kawasan ini. Dan harus diingat makanan luar sememangnya tidak dibenarkan dibawa masuk ke sini.

20160802_105323(0)

Dari kejauhan saya sudah dapat melihat sekumpulan ikan berwarna oren yang berebut-rebut mendapatkan makanan yang diberi oleh pengunjung.

20160802_105435

Memang seronok pabila memberi ikan makan di kawasan ini. Harga sebungkus makanan ikan yang dijual tidaklah mahal mana hanya Rp5000 sahaja atau RM1.50 aje.

20160802_105657

20160802_110542

20160802_110657

Farm House

Satu lagi tempat baru yang menarik untuk dikunjungi. Sebelum memasuki tempat ini, pengunjung dikenakan yuran masuk dan resit atau kupon masuk Farm House ini kemudiannya boleh ditukar dengan minuman susu lembu asli samada yang original atau berperisa coklat. Atau boleh juga dijadikan resit rebate pabila membeli barangan jualan dalam kawasan ini.

20160802_112925

20160802_113038

Ketika memasuki kawasan sini terasa seperti kita berada dalam suasana Belanda pula. Saya dapati ramai juga pengunjung yang menyewa sut baju ala Belanda dan bergambar berlatarbelakangkan rumah ala Belanda yang ada di sini.

20160802_113335

20160802_113246

20160802_113521

20160802_115539

 

Dusun Bambu

20160802_094010

Kunjungan kami tak lama di Dusun Bambu, sekadar mengambil gambar sahaja. Kami bercadang akan ke sini lagi suatu masa nanti bersama keluarga, insyaAllah.

20160802_093202

Sebenarnya ada beberapa aktiviti yang dianjurkan semasa lawatan kita di Dusun Bambu, antaranya ialah aktiviti memanah seperti pada Papan Tanda di belakang saya.

20160802_093657

Kawasan Dusun Bambu ni agak luas dan ada disediakan rumah penginapan bagi yang mahu merasa suasana damai di kaki gunung. Memang terasa mendamaikan.

20160802_093717

20160802_093026

dusun bambu1

dusun bambu2

dusun bambu4

Harga Ground Bandung (minima 4 orang)

Ajwa Travel kini menawarkan Pakej Melawat Bandung untuk ahli rombongan yang kecil. Pakej Ground untuk 3 hari 2 malam bagi kapasiti kumpulan minima 4 orang ialah RM390/seorang. Manakala pakej untuk 4 hari 3 malam pula ialah RM490/seorang. Harga ini sah hanya jika flight mendarat dan berlepas dari Bandung sahaja.

Harga pakej ini meliputi kos hotel penginapan  bertaraf 2 bintang untuk sebilik berdua, sewa transport bersama Pemandu termasuk petrol dan parking fee.

Harga tidak termasuk makanan selama di Bandung, Yuran Masuk tempat lawatan dan insuran perjalanan.

Tiket Penerbangan ?

Jika mahu ke Bandung, pembaca boleh “search” harga tiket di internet. Jika nasib baik dapat harga tiket flight yang murah.

Pertanyaan lanjut

Untuk lebih pencerahan, boleh hubungi saya, Hj Iqbal  di no.hp 019-3505395 atau 018-2242611 atau hubungi isteri saya Hjh Norhayati 019-3418822. Atau emel ke info@ajwatravel.net

Wassalam dan Jumpa lagi.