Assalamualaikum wbt…bertemu kembali.

20150222_101222

Tumpuan utama lawatan ke Banda Aceh semestinya untuk melihat dengan lebih dekat kesan-kesan Peninggalan Tsunami seperti di Masjid-masjid yang saya ceritakan terdahulu. Tetapi Aceh juga mempunyai tarikan keindahan pantai dan pulau yang begitu bersih dan cantik. Amat mengkagumkan kerana air lautnya begitu jernih dan bersih dan kelihatannya seperti tidak tercemar seperti pantai barat kita yang keruh airnya.

20150222_110335

Amat rugi sekiranya kunjungan ke Banda Aceh tidak melawat Pulau Sabang.  Pulau Sabang juga terdedah kepada Tsunami tetapi kini Pulau Sabang menjadi destinasi yang paling mengujakan untuk dilawati. Kita boleh menginap di Pulau Sabang jika ingin lama di sini. Sememangnya amat mendamaikan ketika berada di pulau ini.

20150222_131901

Untuk ke Pulau Sabang kita harus menaiki Feri (ada aircond lagi) di Jeti dan perjalanan ke sana mengambil masa 45 minit barangkali. Sebaiknya perjalanan ke sana di mulai pada awal pagi. Sememangnya keadaan dalam Feri penuh dengan penumpang yang mahu ke Pulau Sabang.

20150222_111153

Semasa di Pulau Sabang, pengunjung dibawa menaiki bot untuk menuju ke laut dan mengeliling Pulau Rubiah. Bot yaang kami naiki ialah cantuman 2 bot menjadi satu (seperti gambar di atas). Ketika tiba di tengah laut, kami dapat melihat dengan jelas terumbu karang yang terkena kesan Tsunami disebabkan air laut yang begitu jernih sekali (seperti gambar di bawah). Memang begitu mengasyikkan.

20150222_103902

Kunjungan kami hanya setengah hari di sini (masuk Pulau sebelah pagi dan keluar selepas Zohor) . Ini kerana banyak lagi destinasi menarik yang bakal dilawati di Banda Aceh ini.

 

20150222_161635

Kubah Masjid 80 tan

Saya seakan sukar mempercayai tetapi harus mempercayai Kubah Masjid seberat 80 tan boleh hanyut dibawa arus air Tsunami sehingga terdampar di suatu kawasan sawah padi. Ketika melihat sendiri Kubah Masjid ini baru saya betul-betul percaya memang logik jika berat Kubah Masjid ini 80 tan.

20150222_163449

Mengikut kata Puan Sri (penduduk setempat) struktur bangunan Masjid ini musnah tetapi Kubah Masjid ini dihanyutkan oleh air Tsunami setinggi pokok kelapa dan ajaibnya Kubah ini kekal terapung atas air pada kedudukan seperti mana ia terdampar sekarang.

20150222_162004

Ada beberapa orang penduduk setempat yang terselamat semasa Tsunami kerana berjaya menumpang teduh di Kubah Masjid ini. Kini kawasan ini dipagar dan dijadikan salah satu tempat tumpuan pengunjung yang ingin melihat kesan-kesan Tsunami.

Bersebelahan Kubah Masjid ini dibina satu Pondok Kecil untuk mempamirkan gambar-gambar tempat ini semasa Tsunami dan termasuk juga al-Quran yang terselamat yang berada di dalam Kubah Masjid ini.

20150223_150357

Bot Tersadai di atas rumah

Kejadian bot tersadai di atas rumah memang menakjubkan. Menurut kata Pak Saiful mangsa Tsunami yang terselamat, kejadian Bot tersadai di atas sebuah rumah adalah bukti pertolongan Allah kepada mereka yang berkenaan.

Rumah yang ditimpa Bot itu milik seorang suri rumah di mana suaminya ketika itu bekerja di Medan. Beliau sememangnya terkenal baik hati dan suka menolong orang kampung. Oleh kerana rumah beliau 2 tingkat, maka dia mempelawa orang-orang kampung untuk menyelamatkan diri dengan naik ke tingkat atas rumahnya.

20150223_151204

Air Tsunami yang mengalir ketika itu sudah mencecah paras leher penduduk kampung di tingkat atas rumah, dan masing-masing sudah bermaaf-maafan kerana menyangka ajal mereka sudah semakin hampir. Ketika itu ada seorang lelaki yang berjaya memanjat siling rumah dan menanggalkan atap rumah dan membawa mereka yang di tingkat atas rumah naik ke bumbung rumah.

Tiba-tiba datang satu Bot menuju ke arah rumah mereka. Sangkaan mereka itu adalah Bot Penyelamat kerana ia bergerak menongkah arus dan bukannya mengikut arus. Sehinggalah bot berkenaan menimpa rumah tersebut dan tersadai di atas rumah. Ketika itu baru diketahui sebenarnya bot berkenaan bergerak sendiri dan tiada sesiapa pun yang memandu ke arah rumah itu.

Pertolongan Allah pula datang apabila tiba-tiba ada  setandan buah kelapa yang datang ke arah Bot berkenaan lalu diambil oleh salah seorang yang berada di atas rumah berkenaan. Dan di dalam bot berkenaan pula ada sebilah parang yang dapat diguna untuk membelah buah kelapa berkenaan. Air kelapa itu diminum dan isinya dapat dimakan oleh mereka yang berada di dalam bot atau rumah berkenaan bagi mengurangkan rasa lapar dan dahaga sementara menunggu bantuan datang.

20150223_151010Nama-nama yang terkorban semasa Tsunami

Pak Saiful menyatakan seramai 59 orang yang terselamat berada di dalam rumah dan bot yang berkenaan. Kini rumah berkenaan telah dibeli oleh pihak Kerajaan dan dijadikan salah satu Monumen Sejarah Tsunami. Seramai 982 nama dicatat sebagai Korban Tsunami di kampung ini.

 

20150223_113530

Kapal 2600 tan

Melihat kepada Kapal Besar Janakuasa Letrik seberat 2600 tan yang dibawa arus Tsunami sejauh 5km yang terdampar di sebuah kampung menunjukkan arus Tsunami sememangnya kuat dan luar biasa. Sememangnya ikut logik akal sukar untuk manusia menyelamatkan diri apabila menerima terjahan air Tsunami yang datangnya dari laut.

20150223_113548

Tinggi kapal berkenaan seperti bangunan kedai 3 atau 4 tingkat dan pengunjung berpeluang untuk naik di kapal ini (jika berkemampuan) sehingga ke dek Kapal. Dari atas dek Kapal kita boleh melihat rumah-rumah penduduk kampung yang telah dibina semula hasil dari bantuan asing.

20150223_114440

Di kawasan ini juga dibina satu Monumen Pengingatan Tsunami dan ada dicatat nama-nama ahli kariah kampung yang telah meninggal dunia akibat Tsunami. Saya tidak pula mencatit bilangan yang terkorban di kampung ini kerana merasa takjub kepada Kapal yang ada di depan mata lantas turut sama naik ke atas Kapal. Dari atas kapal, saya boleh melihat Masjid Baiturrahim yang terletak di tepi pantai.

20150223_113115

Pakej Melawat Aceh 4 Hari 3 Malam Hanya RM1300

Kepada yang berminat untuk melawat Banda Aceh, Ajwa Travel akan setting pemergian ke sana dari 4 Mei hingga 7 Mei 2015 (Isnin hingga Khamis), dengan menaiki Pesawat AirAsia. Harga yang ditawarkan ialah RM 1300 seorang. Harga ini meliputi kos tiket AirAsia pergi dan balik, bagasi pergi 10kg dan bagasi balik 20kg, hotel penginapan 3 bintang jenis sebilik berdua, makan minum selama di sana (mengikut Iternary), pengangkutan dan lawatan termasuk tiket masuk , tambang feri ke Pulau Sabang dan juga airport tax.

Boleh emel kepada saya booking@ajwatravel.net dan untuk pertanyaan lanjut berhubung terus dengan saya di talian 019-3505395 atau isteri saya Hjh Norhayati 019-3418822.

Jumpa lagi dan Wassalam.