Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ini Air Asia mengumumkan laluan penerbangan barunya ke Jeddah melalui sektor antarabangsa AirAsia X yang akan memulakan penerbangan komersialnya pada 16hb Februari 2013 dengan kekerapan 3 kali seminggu. Dan bermula pada 1hb Mei 2013 kekerapan penerbangan ke Jeddah ditambah kepada 4 kali seminggu. Munculnya AirAsia X dalam sektor KLIA ke Jeddah telah mencetuskan satu fenomena baru dalam industri Umrah. Kini ramai yang berpeluang untuk mendapatkan tambang murah bagi menunaikan Umrah. Dan untuk makluman flight AirAsia X ke Jeddah ini pula adalah jenis AirBus dan bukannya seperti jenis flight domestik atau ke Indonesia.

Saya menerima beberapa emel yang bertanyakan kesanggupan Ajwa Travel untuk memberikan perkhidmatan Ground Handling di tanah suci. Untuk menjawabnya adalah lebih molek sekiranya saya memberikan beberapa fakta dan pertimbangan yang perlu pembaca lakukan sekiranya berhasrat untuk mendapatkan tambang murah ini. Jangan main beli aje. Fikir dulu sebelum bertindak.

Pastikan wanita ditemani mahram

Pertama, sekiranya diri seorang wanita muda atau kurang dari 45 tahun, pastikan mahram wajib ikut bersama. Yang ditakrifkan sebagai mahram ialah lelaki yang haram dikahwini seperti ayah sendiri, abang atau adik lelaki yang berumur 18 tahun ke atas, atau anak lelaki (18 tahun ke atas), bapa saudara (adik atau abang sebelah ayah) dan juga bapa saudara (adik atau abang sebelah ibu). Selain itu mahram juga boleh dinasabkan kepada datuk (ayah kepada ayah atau ibu kita). Bermula tahun 2013 ini peraturan Mahram amat ketat sekali. Jangan cuba nak menipu Kedutaan Arab Saudi dengan memberikan salinan Sijil Nikah Palsu. Banyak kes di mana pihak Kedutaan meminta Sijil Nikah yang Asli.

Pilih Tarikh Yang Sesuai

Kedua, pastikan tarikh pergi ke tanah suci ialah pada masa visa Umrah telah pun dibuka. Jangan asal nampak harga murah terus beli. Dibimbangi masa itu visa Umrah belum lagi dibuka. Untuk makluman visa Umrah sekarang ini bermula Januari sehingga 30 Syawal. Selepas bulan Syawal visa Umrah telah tidak dibuka kerana sudah masuk bulan Haji. Dan visa Umrah akan kembali dibuka semula, selalunya selepas 2 bulan selesai musim Haji. Pernah juga selepas selesai musim haji VISA ZIARAH dibuka bagi memberi peluang jemaah menunaikan Umrah. Tetapi keputusan Visa Ziarah dibuka atau tidak hujung tahun ini belum dapat dipastikan lagi. Oleh yang demikian, belian tiket AirAsia pada hujung tahun amat merbahaya kerana belum pasti jemaah boleh menunaikan Umrah kerana ketidakpastian visa diperolehi atau tidak.

Pengendalian Ground Handling di Tanah Suci

Ketiga, jemaah harus memahami dahulu kaedah Pengendalian Jemaah Secara Runcit dan bersedia dengan kos Ground Handling yang lebih tinggi berbanding jemaah secara berkumpulan. Dalam jumlah ahli jemaah yang sedikit, pastinya kos pengangkutannya lebih tinggi kerana ianya memerlukan kenderaan yang disewa khas bersama dengan Pemandu. Kos penginapan di Makkah dan Madinah TIADA BEZA dengan kos jemaah secara berkumpulan. Cuma biasanya pihak Catering keberatan untuk menyediakan sajian Makanan jika jemaah terlalu sedikit atau kurang dari 10 orang. Alternatifnya, jemaah kena pandai membeli makanan sendiri yang mudah diperolehi di kawasan Hotel Penginapan atau ambil Pakej Fullboard di Hotel Penginapan iaitu sewaan bilik termasuk Makanan. Kaedah ini harganya pasti lebih tinggi.

2012 GMC Yukon SLT Crystal Red Tintcoat SUV

Kenderaan Persendirian yang biasa digunakan  ialah GMC (sesuai untuk muatan sekeluarga antara 2 hingga 7 orang). Jika lebih ramai jemaah maka boleh disewa Van yang boleh memuatkan 12 orang. Jika lebih dari itu, mungkin terpaksa 2 kenderaan digunakan yang sudah pasti akan meningkatkan kos. Untuk menyewa Bas Persiaran pula dirasakan tidak praktikal jika dibanding dengan jumlah jemaah.

Sewaan kenderaan MPV ini akan membawa jemaah dari airport Jeddah ke Madinah, Ziarah Luar Madinah, dari Madinah menuju ke Makkah, Ziarah Manasek di Makkah dan dari Makkah ke Jeddah (kepulangan jemaah). Dengan kata lain, jemaah secara runcit  ini akan terjamin selamat dan dapat menunaikan ibadah Umrah sama seperti jemaah yang datang secara berkumpulan. Bezanya ialah cara layanan bagi jemaah Runcit ini lebih personal kerana jumlah jemaah yang sedikit.

Walaupun kos Ground Handling jemaah Runcit ini lebih tinggi berbanding jemaah berkumpulan, tetapi secara keseluruhan Kos Umrah seorang pastinya lebih rendah kerana mendapat tiket AirAsia yang murah. Bayangkan ada jemaah yang sudah dapat membeli tiket AirAsia pergi dan balik ke Jeddah pada harga RM800 seorang, sedangkan biasanya kos tiket antara RM3000 hingga RM4000 keatas (bergantung kepada jenis flight dan musim), sudah pasti ianya menjimatkan kos. Nak menginap di Hotel bertaraf bintang di Makkah dan dekat dengan Masjidil Haram pun boleh. Tiada masalah..

Kepada yang berminat untuk menunaikan Umrah bersama tiket AirAsia yang murah dan meminta Ajwa Travel menguruskan perjalanannya di tanah suci kami sangat alu-alukan. Emel sahaja kepada hjiqbal@ajwatravel.net dan nyatakan tarikh pergi dan balik serta Hotel Penginapan di sana. Tapi pastikan syarat-syarat yang saya nyatakan di atas dipatuhi.

Jumpa lagi dan Wassalam.